www.hardwarezone.com.my - View Single Post - InstaForex - Company News
View Single Post
Old 12-06-2019, 10:16 AM   #1306
||||||
Member
 
Join Date: Sep 2018
Posts: 340


Itali berhadapan denda yang besar berikutan hutang awam yang tidak normal

Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini mengakui bahawa negara itu boleh membayar denda besar sebanyak 3 bilion. Suruhanjaya Eropah mungkin mengambil langkah ini ekoran daripada kerajaan Itali tidak mematuhi keperluan belanjawan EU yang menyekat tahap hutang awam. Selain daripada denda berat, pihak berkuasa EU boleh meminta Itali untuk menaikkan cukai dari bulan September 2019 yang bertujuan menjana sejumlah 20 bilion. Pakar mengatakan bahawa kegagalan Rom untuk menutup tahap hutang negara memaksa Suruhanjaya Eropah melakukan langkah yang sukar ini. Pada masa ini, hutang awam Itali berjumlah hampir kepada 132% daripada keluaran dalam negara kasarnya. Tahap yang tinggi akan menyebabkan masalah sekiranya bank pusat berani menaikkan kadar faedah.Selain itu, kerajaan Itali menghadapi cabaran untuk menangani defisit belanjawan. Rom berminat untuk menggesa pihak berkuasa EU untuk meluluskannya pada catatan sebanyak 2.4% daripada KDNK tahun ini. Walau bagaimanapun, Rom terpaksa mematuhi arahan Suruhanjaya Eropah dan menurunkan paras defisit pada catatan sebanyak 2.04%. Brussels meramalkan bahawa defisit belanjawan Itali boleh berkembang hingga 3.5% daripada KDNK yang berkemungkinan mencetuskan konflik antara pihak Itali dan pihak berkuasa EU. Kebanyakkan penganalisis tidak bersetuju dengan keputusan Brussels untuk menghukum negara yang mengalami masalah kewangan. Malah, kerajaan Itali perlu membayar denda atas perbelanjaan belanjawan negara. Sebagai alternatif, ia boleh mencari wang dalam pasaran hutang yang akan membuat keadaan menjadi lebih parah.Sementara itu, hasil bon kerajaan Itali memperoleh manfaat daripada perkembangan terkini. Keluk hasil melonjak dengan mendadak. Pada sudut lain, saham Itali merosot lebih dari 1%, dengan itu mendorong pasaran saham Eropah lain menyusut. Hasil bon kerajaan Itali melonjak kepada 7-10 mata asas. Hasil penanda aras bon 10 tahun mencecah paras tertinggi satu minggu sebanyak 2.726%, setelah mencatatkan kenaikan dua hari terkuat sejak awal bulan Januari tahun ini.

https://www.instaforex.com/ms/forex_...e.php?id=41847
|||||| is offline   Reply With Quote