www.hardwarezone.com.my - View Single Post - InstaForex - Company News
View Single Post
Old 22-04-2020, 06:07 PM   #1465
InstaForex Shah Alam
Junior Member
 
Join Date: Nov 2015
Posts: 87
MAKLUMAT PENTING MENGENAI PERDAGANGAN #CL

Pada 20 April, harga niaga minyak mentah light sweet atau West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Mei menyaksikan penurunan yang bersejarah ke paras 0 USD dan bahkan di bawah sifar disebabkan oleh peristiwa ekonomi global semasa. Semasa perdagangan di bursa, harga jatuh ke serendah - $ 40.32 setong. Ini adalah merupakan rekod kejatuhan harga minyak.

InstaForex menawarkan kepada pelanggannya perdagangan #CL. Ini adalah kontrak niaga hadapan tanpa tarikh luput berdasarkan niaga hadapan WTI bulan depan. Kejatuhan harga minyak secara tiba-tiba telah membuatkan pelanggan kami berada dalam keadaan yang tidak bersedia.

Untuk melindungi urus niaga pelanggan dari kerugian yang mengejutkan, InstaForex memutuskan untuk menghentikan perdagangan CL dan menutup semua posisi pelanggan kerana kebanyakan dari mereka adalah tawaran membeli.

Untuk kesaksamaan, syarikat juga menutup tawaran menjual pelanggan pada paras 0.07, sebut harga terakhir yang tersedia di platform perdagangan. Semua tawaran membeli akan ditutup pada harga 2.00 yang lebih tinggi. Ini bermaksud bahawa kita menutup tawaran menjual minyak pada 1.93 USD lebih rendah daripada tawaran membeli. Kami berharap langkah-langkah ini dapat membantu pedagang yang mengalami kerugian besar kerana kejatuhan harga niaga hadapan minyak.

Perdagangan #CL akan disambung semula pada 22 April dengan kontrak Jun.



https://www.instaforex.com/ms/company_news/12722.html
__________________
PR Manager
http://instaforex.com/ms/
http://www.instaforex.com/ms/online_support_chat.php
InstaForex Shah Alam is offline   Reply With Quote